Friday, October 2, 2015

Jawapan Erra Fazira Tentang Status Hubungan Terkini Dengan Shahir AF8


Jawapan Erra Fazira Tentang Status Hubungan Terkini Dengan Shahir AF8


Pelakon Erra Fazira kini mengaku masih lagi berkawan rapat dengan juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir.

NAFI PUTUS

Erra Fazira kini telah menafikan yang mereka berdua telah terputus hubungan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Erra Fazira menegaskan gosip yang mendakwa mereka telah putus cinta adalah tidak benar sama sekali kerana dia dan Shahir masih berkomunikasi seperti biasa.

STATUS HUBUNGAN

Bagi Erra, dirinya dan Shahir kini masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu terburu-buru melangkah ke peringkat seterusnya.

Awal Ogos lalu, ruangan gosip sebuah akhbar temptana telah melaporkan Erra tidak lagi menerima panggilan atau menjawab sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Shahir.

Malah mereka juga sudah jarang berhubung dan tidak diketahui puncanya, masing-masing seakan-akan telah membawa haluan sendiri.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment