Friday, October 9, 2015

Kanak-Kanak Diculik Dijumpai Pemandu Teksi


Kanak-Kanak Diculik Dijumpai Pemandu Teksi


Kanak-kanak 5 tahun yang diculik di Kajang pagi tadi telah berjaya ditemui setelah menjadi viral di seluruh negara.

Seorang pemandu teksi yang menjumpai kanak-kanak tersebut menceritakan bagaimana dia menjumpai kanak-kanak tersebut.

Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau-rayau di tepi jalan.

Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp dan membuat keputusan utnuk mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.

"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah", kata Nizam memetik laporan NST Online.

Gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi setelah diculik didepan ibunya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan itu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital Kajang untuk pemeriksaan," katanya

Nizam telah membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah keluarganya di Taman Cahaya kira-kira yam 5.35 petang tadi.

Sesampainya di rumah tersebut, pemandu teksi terbabit kemudian memanggil ibu bapa kanak-kanak tersebut dari luar rumah.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam rumah. Menurut laporan dari The Star kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan sihat.

0 comments:

Post a Comment