Monday, October 5, 2015

KEPUTUSAN MAHKAMAH: Aidil Zafuan Kena Bayar Rita Rudaini RM30,000


Aidil Zafuan Kena Bayar Rita Rudaini RM30,000


Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memerintahkan pemain pertahanan pasukan Malaysia dan JDT, Aidil Zafuan supaya membayar kepada Rita Rudaini, bekas isterinya sebanyak RM30,000.

Ini merupakan 10% daripada tuntutan sebenar RM300,000 yang dipohon oleh pelakon Rita Rudaini sebagai mutaah.

Keputusan itu dibuat setelah Hakim Syarieamat berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini.

Ini kenyataannya:

"Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.

"Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula," 

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment