Friday, October 2, 2015

Lana Nordin Kini Sah Hamil


Lana Nordin Kini Sah Hamil


Pelakon Lana Nodin kini disahkan sedang hamil anak pertama dengan suaminya warga Amerika Syarikat, David "daud" McKienzie.

David McKienzie ternyata turut gembira dengan berita kehamilan isterinya itu yang kini sudah masuk ke trimester kedua.

Ini komen dari Lana Nodin:

“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi”

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” 

Pelakon ini menyatakan keinginan untuk bersalin di Kuala Lumpur dan perkara tersebut tidak dihalang oleh suaminya, David.

Lana turut berkongsi tentang pengalaman mengandung.  Dia akui mengalami sedikit perubahan seperti mengalamai alahan apabila melihat spaghetti berwarna hijau.

Lana Nordin juga alami perubahan selera makan apabila kini boleh makan makanan pedas sedangkan sebelum ini dia langsung tidak boleh menjamah hidangan yang pedas.

0 comments:

Post a Comment