Friday, October 9, 2015

Laporan Penuh: 2 Kanak-Kanak Hilang Dijumpai Selamat Dalam Hutan


Laporan Penuh: 2 Kanak-Kanak Hilang Dijumpai Selamat


Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.

Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.

Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.

Mereka dikatakan hidup dengan bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang kira-kira 2 petang tadi.

Ini gambarnya:






Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih hilang.

Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.

Mayat kanak-kanak disyaki Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan.

Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai:

Mirsudiar Aluj, 11
Norieen, 10
Ika Ayel, 9
Sasa Sobrie, 8
Haikal Yaacob, 8
Linda Rosli, 8
Juvina Daud, 7.




0 comments:

Post a Comment