Sunday, October 11, 2015

LAPORAN PENUH: Pelajar Maut Dipukul Guru


Pelajar Maut Dipukul Guru



Indonesia - Satu kes jenayah yang menjadi viral telah berlaku di negara seberang, Indonesia. Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Ternate mati selepas dipukul oleh gurunya.

Pelajar bernama Yusri Muhammad yang kini berumur 16 tahun, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di bahagian belakang kepalanya.

Ianya dipercayai akibat kecederaan selepas dipukul oleh gurunya bernama Fajrin Syamsuddin dengan menggunakan pembaris.

Ini kronologi:

1) Mangsa, Yusri dikatakan memakai baju sukan berwarna putih ke sekolah dan guru bernama Fajrin mengarahkannya pulang ke rumah untuk menukar kepada pakaian batik.

2) Yusri hanya berdiam sahaja dan tidak mahu menukar pakaian. Ini menyebabkan Fajrin berang dan menampar mangsa.

3) Yusri kemudian malu serta geram kerana ditampar guru, terus melawan gurunya itu. Fajrin yang marah terus memukul Yusri dengan pembaris.

4) Mangsa tersungkur dan pengsan dan dikatakan bahagian belakang kepalanya berlaku pendarahan yang serius.

5) Pihak sekolah segera membawa mangsa ke pusat kesihatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat pendarahan yang teruk di kepala.

6) Fajrin ditahan oleh polis di rumahnya dan berdepan dengan tuduhan sengaja mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Kes ini mendapat liputan yang meluas di Indonesia dan tindakan guru terbabit dikecam ramai pihak.

0 comments:

Post a Comment