Sunday, October 18, 2015

Lari Pusat Pemulihan, Zamani Jahanamkan Karier


Lari Pusat Pemulihan, Zamani Jahanamkan Karier 


Ini merupakan laporan terkini tentang penyanyi popular Zamani. Zamani didakwa melarikan diri atau keluar dari pusat pemulihan (Rumah Pengasih) secara senyap tanpa memberitahu petugas di situ.

Peguamnya berpendapat, ianya boleh memudaratkan dan menjahamkan karier Zamani sendiri.

Ini laporan penuh dari mStar tentang hal ini:

Tindakan vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani melarikan diri daripada pusat pemulihan boleh memusnahkan diri dan kariernya.

Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhayar berkata, perbuatan penyanyi itu juga dianggap biadap kerana keluar dari Rumah Pengasih tanpa kebenaran.

"Kita sebagai orang Melayu ada adat. Apabila masuk ke pusat pemulihan itu secara baik, maka kalau nak keluar pun, mesti dengan cara baik. Bagi saya dia biadap.

"Zamani tidak sepatutnya keluar begitu sahaja. Abang dia (Zulfazil Ibrahim) pun terkejut bila mendapat tahu dia keluar dari Rumah Pengasih begitu sahaja.

"Tindakannya itu akan memberi persepsi buruk kepada masyarakat selain ia akan menjahanamkan diri dan kariernya yang mungkin boleh terjerumus ke kancah dadah semula,"


"Saya harap Zamani sedar bahawa tindakannya itu salah kerana dia sepatutnya perlu menjalani pemulihan selama dua tahun.

"Saya terkilan bila dia mengambil tindakan sebegitu. Apatah lagi ketika dia susah, saya dan abangnya yang bersungguh-sungguh mahu membantunya. Orang lain semua hilang entah kemana.

"Tetapi apabila dia dah sihat sedikit, mulalah ada yang cuba mengambil kesempatan,"


Pihak Rumah Pengasih telah mengeluarkan sebuah kenyataan media pada Jumaat lalu menyatakan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, telah melarikan diri dari pusat pemulihan berkenaan pada Khamis lalu kira-kira pukul 10.26 malam.

Penyanyi itu dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali.

Zamani telah diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Sementara itu, Zaharil turut meluahkan rasa terkilan memandangkan dia bersama abang kepada Zamani begitu bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan penyanyi itu, namun lain (lari) pula yang timbul.

0 comments:

Post a Comment