Wednesday, October 7, 2015

Lelaki Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza Didenda


Lelaki Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza Didenda


Seorang lelaki berstatus duda telah dikenakan hukuman didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ini di atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ahad lalu.

Pesalah merupakan seorang lelaki yang sudahpun berumur 49 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Amiruddin Sulaiman selepas lelaki itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya pada 5 petang, 4 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya, jika disabit kesalahan.


Sumber: Metro

0 comments:

Post a Comment