Monday, October 12, 2015

Luahan Hati Adira Kepada Bekas Tunang


Luahan Hati Adira Kepada Bekas Tunang


Penyanyi Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi masih menyimpan sedikit perasaan sayang terhadap bekas tunangnya Shahrul Nasrun Kamarudin walaupun hubungan mereka telah putus.

Susah Untuk Kikis Perasaan

Baginya sebagai manusia biasa, sukar untuk dia mengikis perasaan itu disebabkan hubungan yang dijalinkan sudah terlalu lama.

Ini komennya:

"Ada pihak yang kata saya tidak nampak sedih. Mungkin mereka lihat saya gembira tapi mereka tidak tahu perasaan sebenar saya. Kami berkawan lama dan sudah tentu sehingga sekarang masih ada lagi rasa sayang dalam hati saya terhadap dia,"

Gempa Bumi Alih Perhatian

Tambah Adira lagi, kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini turut mengalihkan tumpuan kesedihannya terhadap kegagalan hubungan tersebut.

Dia juga lebih memikirkan keselamatan ibu dan keluarganya yang ditimpa bencana berbanding masalah yang dilalui.

"Selepas saya putus tunang, rumah saya di Sabah terlibat dengan gempa bumi dan perkara itu membuatkan saya lupa tentang masalah tersebut.

"Saya asyik fikirkan ibu dan ahli keluarga lain dan menganggap mereka lebih memerlukan saya ketika itu,".

Tarikh Nikah Sepatutnya Pada Hari Lahir

Dalam pada itu, Adira memberitahu, tarikh lahirnya pada 19 September lalu sepatutnya menjadi hari bersejarah hubungan mereka namun ia hanya tinggal kenangan.

Bagaimanapun  rakan-rakan terdekat meraikan hari tersebut bagi membuatkan dia lupa dan tidak bersedih mengenangkan kesedihan sebelum ini.

"Kalau ikut rancangan hari perkahwinan saya pada hari lahir saya iaitu 19 September lalu, namun nak buat macam dah tiada jodoh.

"Ucapan dan kejutan yang dibuat oleh kawan-kawan saya pada hari tersebut membuatkan saya lupa ia sepatutnya menjadi hari bersejarah saya,"

Dah Ada Pengganti?

Adira berkata, buat masa ini dia masih menjaga batasan dan menolak mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya semata-mata mahu menjaga hati keluarga bekas tunangnya itu.

"Sejak saya putus tunang ada juga beberapa orang yang ingin mendekati saya tapi saya tolak, kadang-kadang dengan alasan yang tidak masuk akal.

"Saya belum bersedia dan hati saya belum terbuka untuk terima lelaki lain, saya  juga ingin menjaga hati dan perasaan keluarga bekas tunang.

"Saya tidak mahu mereka kata apa pula nanti, baru sahaja putus sudah anda pengganti, "

0 comments:

Post a Comment