Saturday, October 3, 2015

Nelydia Senrose Dah Berpisah Dengan Qi Razali


Nelydia Senrose Dah Berpisah Dengan Qi Razali


Setelah 3 tahun bercinta, akhirnya Nelydia Senrose dan Qi Razali berpisah juga. Percintaan mereka berakhir setelah Nelydia sendiri menceritakan kisah sebenar baru-baru ini.

Ini komen Nelydia:

“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi”

“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu”

“Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini,” 

Namun Nelydia tak mahu menuding jari dan enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka berdua.

Semoga Nelydia Senrose dan Qi Razali bahagia dengan perjalanan hidup baru.

0 comments:

Post a Comment