Thursday, October 8, 2015

"Patutlah Anak Tak Menangis" Kisah Orang Malaysia Di Republik Czech


"Patutlah Anak Tak Menangis" Kisah Orang Malaysia Di Republik Czech  


Satu status facebook tentang cara mendidik anak kecil yang menarik telah menjadi viral baru-baru ini.

Kisah ini ditulis dari seorang wanita dan sememangnya wajar dijadikan pengajaran dan ikhtibar.

Seorang wanita yang menggunakan nama facebook "Mimi Ida Mdj" berkongsi kisah anak yang tidak menangis di Republik Czech.

Jom baca status yang menarik ini:

Anak suka menjerit? Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman dari Czech.

Sepanjang sy duduk di Prague ni satu perkara yang saya perasan. Anak2 atau baby kat sini tak pernah cakap atau menangis menjerit2. Saya terfikir eh takkan baik sangat baby kat sini, nangis menjerit tu pun ada kaitan dengan genetic mat salleh ke? sbb kat Malaysia sy selalu dgr budak2 nangis guling2 dalam mall especially kat toys section hahah.. *sy ada 3 anak saudara sebab tu la*

Tiba-tiba ada satu kali tu dalam bas, sy dengar seorang anak ni berbisik kat telinga mak die. Pastu si ibu berbisik balik kat telinga anak die...lama juga mereka berbisik2 tu. Saya pun cuba la pasang telinga sebab saya rasa budak tu cute sgt hihi...lepas tu baru sy faham mak die tengah marah anak die rupanya tapi berbisik...mata budak tu berkaca je sambil berbisik balik kat mak die sebab tak puas hati dengan teguran mak die. Last2 anak die faham apa yang mak die tegur, terus tunduk je...umur budak tu maybe dlm 5 tahun.
Dalam hati sy, patut la saya tak pernah dengar anak org kat sini menangis meraung...marah pun bisik2 je. Kalau anak die jauh die panggil suruh datang dekat pastu tegur kat telinga anak tu slow2.

Jadi saya buat kesimpulan, bila ibubapa tidak menjerit marah anak2, anak2 tak perlu menjerit juga untuk counter suara ibubapa jika mereka tak berpuas hati dengan teguran.

*tapi sy faham Malaysia agak panas, belum sempat nak panggil datang untuk tegur hati dah membara terbakar dulu hihihi ;p

Pengajarannya, penjaga dan ibu bapa janganlah memekik melolong ketika mendidik anak-anak.

Sememangnya anak-anak akan ikut sama nanti perangai sebegitu.


0 comments:

Post a Comment