Saturday, October 10, 2015

Pengantin Lelaki Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Menyambut Menantu


Pengantin Lelaki Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Menyambut Menantu


Pengantin lelaki adalah antara empat terbunuh apabila kereta mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda.

Kemalangan berlaku di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Pengantin lelaki yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mohammad Norizan Mohd Nor dari Kampung Lubuk Panjang, Bandar Permaisuri.

Tiga lagi penumpang kereta berkenaan yang maut adalah ibu mentua pengantin, Rozila Jusoh dan dua adik iparnya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Ini senarai mereka yang maut:
- Mohammad Norizan Mohd Nor, 20 tahun (pengantin lelaki)
- Rozila Jusoh, 42 tahun (ibu mertua pengantin lelaki)
- Norma Mohd Razaki, 15 tahun (adik ipar pengantin lelaki)
- Mohd Haikal, 2 tahun, (adik ipar pengantin lelaki)

Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan selepas kenduri di rumah keluarga perempuan, semalam.

Sementara itu, isteri pengantin lelaki, Noraliza (18 tahun) cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan kejadian itu.











0 comments:

Post a Comment