Tuesday, October 27, 2015

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir


Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir


Pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli dikatakan kini telah bercerai dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bekas suaminya, dia melafazkan cerai talak satu terhadap bekas juara Dwei Remaja, Annahita Bakavoli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ini komen syamu Annahita:

“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang,” 

“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” 


Menurut Saiful, keputusan untuk berpisah itu dibuat kerana mereka tiada persefahaman lagi. Annahita pula ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu.


“Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya,” 

Pasangan itu berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

0 comments:

Post a Comment