Friday, October 2, 2015

Salah Seorang Bayi Kembar Erin Malek Meninggal Dunia


Salah Seorang Bayi Kembar Erin Malek Meninggal Dunia 


Pelakon Erin Malek selamat melahirkan anak lelaki pertama semalam dan turut mengumumkan seorang lagi anak kembarnya telah meninggal dunia semasa kandungannya mencecah usia 16 minggu kehamilan.

Erin Malek yang sebelum ini dilaporkan mengandung anak kembar namun telah disahkan doktor salah seorang anaknya telah meninggal dunia.


Gembira dan juga sedih itulah perasaannya bercampur baur menghadapi perkara tersebut dan apabila melihat anak lelakinya itu, dia pasti mengingatkannya kepada kembar bayinya itu.

Namun Erin Malek dan suami percaya ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik untuk mereka dan kedua bayinya itu.

Ini tulis Erin:


"Alhamdulillah, ia adalah detik yang tidak boleh dilupakan untuk saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan dan mengucapkan selamat datang kepada putera kecil kami, Mohamed Faliq bin Mohamed Farriz," 

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kembar bayi saya meninggal dunia pada usia 16 minggu kandungan kerana jantungnya berhenti berdegup akibat cecair berlebihan di dalam perut sehingga menyebabkan seluruh badannya bengkak.

"Bagaimanapun, atas nasihat doktor, saya masih boleh meneruskan kandungan itu melalui kehamilan 9 bulan tanpa menjejaskan kembarnya yang lagi satu," 

"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat yang memberikan  sokongan penuh dan doa," 

Ini tulisnya di laman insta:

Assalamualaikum. 
1st October 2015, Thursday, 9.27am 

Alhamdulillah, it was a very memorable moment for me and Farriz. We would like to introduce and welcome our little prince, Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz to our beautiful family.

Many might not know that my other baby twin to Faliq has passed away at the age of 16th weeks during my pregnancy. His heart stopped beating due to excessive fluid in the tummy, causing his whole body to swollen. As the doctor adviced us that I still can carry my other baby through my 9 months pregnancy. 

Finally, for the first time, I have mixed feelings when looking at Faliq today, as he reminds me of his other half. Farriz and I were really sad about this but we believe Allah have a better plan for us and both of our babies. We would like to extend our gratitude to our family members, friends and all the people for giving their full support and prayers. Thank you.

0 comments:

Post a Comment