Tuesday, October 6, 2015

Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Hari Ini


Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Hari Ini  


Pelawak dari kumpulan Shiro, Shahrol terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru, hari ini.

Ini ekoran dari akibat jangkitan sinus yang mengganggu dirinya seminggu lalu sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Masalahnya bermula dengan gejala pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus. Perkara itu disahkan sebaik sahaja dia membuat pemeriksaan di hospital.

Ini komen Shahrol:

“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. Berikutan tidak cukup rehat, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat”

“Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok,” 

Sementara itu, Shahrol juga turut berkongsikan perkara tersebut melalui sekeping gambar di Instagram yang meminta maaf kepada majikaannya kerana terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.

Perkara itu mengundang rasa risau di kalangan peminat selain ada juga yang mendoakan agar Shahrol selamat menjalani pembedahan. Buat Shahrol, semoga pembedahan berjalan lancar dan segera sembuh.


0 comments:

Post a Comment