Tuesday, October 13, 2015

Video Animasi Bagaimana MH17 Ditembak Misil Dari BUK

Video Animasi Bagaimana MH17 Ditembak Misil Dari BUK


Akhirnya telah selesai sidang media yang oleh Lembaga Keselamatan Belanda mengenai laporan terakhir siasatan MH17 yang dijalankankan oleh mereka.

Sidang media itu juga memperlihatkan bangkai pesawat untuk ditunjukkan kepada hadirin.

Menurut video berkenaan jenis misil yang digunakan berjaya dikenalpasti dengan penemuan serpihan misil terbabit di kawasan kejadian.

Misil berkenaan dilepas menggunakan sistem peluru berpandu 'Buk' buatan Rusia.

Misil tersebut kemudiannya meletup di hadapan sebelah kiri kepala pesawat dan menyebabkan serpihan-serpihan tajam dari peledak peluru berpandu itu menembusi badan pesawat sehingga terkena juruterbang yang dikatakan mati dengan serta merta.

Ini videonya:



Ini pula laporan penuh:

Pesawat penerbangan MAS, MH17 telah ditembak di timur Ukrain oleh satu misil 'Buk' buatan Rusia, kata Lembaga Keselamatan Belanda pada Selasa di dalam laporan terakhir siasatan insiden MH17.

Bagaimanapun, laporan yang memakan masa selama 15 bulan itu tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab melepaskan misil berkenaan.

Bercakap di sidang media di Gitze-Rijen hari ini, Tjibber Joustra, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, menunjukkan satu animasi di saat-saat terakhir pesawat MH17. Misil terbabit ditembak ke arah sebelah kiri pesawat - bahagian kokpit - yang membunuh juruterbang dengan serta merta.

Joustra juga berkata, pihak berkuasa Ukrain gagal menutup ruang udaranya kerana menganggap pesawat awam tidak dianggap berisiko untuk terbang di kawasan itu.

Hasil siasatan, 160 pesawat terbang di timur negara terbabit selepas tragedi terbabit, tambahnya.

Di dalam sidang media tersebut, pesawat MH17 turut 'dibina kembali' menggunakan serpihan-serpihan yang ditemui di lokasi ia terhempas.

0 comments:

Post a Comment